Tingkatkan moral pasukan keselamatan, Nigeria naikkan gaji anggota tentera

WorldPolitics
5 Aug 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tingkatkan moral pasukan keselamatan, Nigeria naikkan gaji anggota tentera

ABUJA – Kerajaan Nigeria mengumumkan kenaikan gaji bagi anggota tenteranya antara 30 hingga 80 peratus dalam usaha meningkatkan moral pasukan keselamatan yang kini berdepan krisis keselamatan berpanjangan di negara berkenaan. 

Kenaikan gaji bagi kira-kira 250,000 anggota ini berlaku ketika ramai rakyat Nigeria bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, akibat pelbagai reformasi yang diperkenalkan oleh Presiden Bola Tinubu bagi memulihkan ekonomi serta meyakinkan pelabur antarabangsa tetapi membebani rakyatnya. 

Dua pegawai tentera memberitahu  bahawa anggota tentera berpendapatan terendah, iaitu rekrut biasa menerima gaji asas sebanyak 100,000 naira (RM300) sebulan.

Penasihat media Tinubu, Bayo Onanuga, dalam satu kenyataan.Pegawai berpangkat lebih tinggi daripada kolonel akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 30 peratus.

“Anggota bertaraf kolonel hingga pegawai waran akan menerima kenaikan sebanyak 50 peratus, manakala rekrut biasa hingga staf sarjan akan menerima kenaikan sebanyak 80 peratus,” katanya.

Nigeria kini sedang bergelut dengan ancaman pemberontakan pengganas lebih 17 tahun di kawasan timur laut, di samping konflik antara petani dan penternak di wilayah tengah utara.

Pergolakan pemisahan bersenjata yang ganas juga masih berlarutan di kawasan tenggara, manakala kes penculikan berleluasa bagi mendapatkan wang tebusan membelenggu kawasan barat laut.

Tinubu berkata, kenaikan gaji ini merupakan ‘tanda penghargaan mendalam kami’ buat pihak tentera.

“Lelaki dan wanita yang membantu menjaga keselamatan kita di rumah mesti disokong dan dihargai sepanjang menjalankan tugas demi negara kita.” katanya. – AFP

 

The post Tingkatkan moral pasukan keselamatan, Nigeria naikkan gaji anggota tentera appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved