Anggota polis cedera bergelut pengedar dadah

21 Aug 2026 • 10:13 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anggota polis cedera bergelut pengedar dadah

JELI: Seorang anggota polis cedera selepas bergelut dengan pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Lubuk Bongor, di sini, semalam.

Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, anggota berkenaan cedera pada jari tengah kiri dan bahu kiri selepas bergelut dengan suspek.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, semasa serbuan, suspek bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah parang yang diselitkan di pinggang sebelum mengugut untuk menyebabkan kematian sambil mengacukan senjata itu ke arah anggota bertugas.

“Ketika anggota polis berusaha menahan suspek, berlaku pergelutan menyebabkan seorang anggota mengalami kecederaan pada jari tengah tangan kiri dan bahu kiri. Bagaimanapun, suspek dapat ditangkap dan keadaan dikawal tanpa melibatkan kecederaan lebih serius,” katanya ketika dihubungi di sini hari in.

Kamarulzaman berkata, pemeriksaan lanjut turut menemukan sebilah parang berukuran kira-kira 36 sentimeter termasuk hulu serta satu plastik lutsinar mengandungi enam biji pil berwarna kemerahan yang disyaki dadah jenis yaba.

Katanya, pil berkenaan ditemukan di dalam sebuah beg pinggang berwarna hitam milik suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek adalah individu yang dikehendaki Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jeli kerana disyaki aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar daerah ini.

“Suspek turut dikehendaki berhubung satu kejadian pada 19 Ogos lalu apabila dia dipercayai mengeluarkan ugutan untuk menyebabkan kematian sambil mengacukan parang ketika serbuan polis,” ujarnya.

Kamaruzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

-habis-

The post Anggota polis cedera bergelut pengedar dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved