Kondominium jadi stor simpan 80kg dadah

19 Aug 2026 • 2:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kondominium jadi stor simpan 80kg dadah

KUALA LUMPUR: Sebuah unit kondominium di Kuchai Lama di sini dipercayai dijadikan ‘stor’ menyimpan dan mengedar dadah diserbu polis pada 9 Ogos lalu. 

Serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur menemukan 80 kilogram (kg) methamphetamine dan 30kg ekstasi dianggarkan bernilai kira-kira RM8.3 juta. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya turut menahan lelaki warga asing berusia 36 tahun dalam serbuan terbabit. 

Katanya, penahanan itu membawa kepada  serbuan lanjut di sebuah premis berkaitan sebelum menemukan sejumlah dadah dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Suspek ini bersama beberapa individu lain yang masih bebas dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan sejak awal tahun ini.

“Kita percaya premis ini digunakan sebagai tempat menyimpan dan mengedar dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. 

Fadil berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek  warga Vietnam namun memiliki pasport Kanada.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu kini direman selama 11 hari sehingga 20 Ogos dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kewarganegaraannya,” katanya. 

Menurutnya, siasatan turut menjurus kepada usaha mengenal pasti pembekal, orang tengah dan pihak lain yang mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran berkenaan.

“Kita percaya pembekal dipercayai dari luar kawasan Kuala Lumpur dan tindakan risikan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembekal serta individu lain yang terlibat.

“Kita turut menyita sebuah Proton X50 bernilai kira-kira RM85,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.- UTUSAN

The post Kondominium jadi stor simpan 80kg dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved