Anggota polis dibelasah dua warga Myanmar

25 Sep 2026 • 6:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota polis dibelasah dua warga Myanmar

RAUB – Niat seorang anggota polis membantu penduduk menyelesaikan gangguan bunyi bising bertukar tragedi apabila dia pula menjadi mangsa amukan dua lelaki warga Myanmar di Kampung Pamah Kulat, di sini awal pagi tadi.

Anggota berpangkat koperal berusia lewat 30-an itu mengalami bengkak pada kepala dan badan selepas dipercayai dipukul ketika menjalankan tugas kira-kira pukul 2.45 pagi.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian bermula selepas pihaknya menerima aduan penduduk mengenai dua lelaki warga Myanmar yang dipercayai mabuk dan membuat bising di tepi jalan.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit yang bekerja di sebuah kebun durian didapati memasang pembesar suara dengan bunyi kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar.

“Anggota terlibat telah menegur suspek yang ketika itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising dengan memasang pembesar suara yang kuat di tepi jalan. Suspek tidak berpuas hati lalu terus memukul mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azry berkata, tiada senjata digunakan dalam kejadian tersebut, manakala mangsa mengalami bengkak pada bahagian kepala dan badan.

Susulan kejadian, beliau berkata, polis menahan kedua-dua suspek masing-masing berusia 26 dan 30 tahun untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek yang bekerja di kebun durian itu ditahan dan akan direman esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

The post Anggota polis dibelasah dua warga Myanmar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved