Anggota polis Raub dipukul, dua warga Myanmar ditahan

25 Sep 2026 • 6:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Anggota polis Raub dipukul, dua warga Myanmar ditahan

Polis tahan dua lelaki Myanmar disyaki memukul anggota polis yang menegur mereka kerana bising di Kampung Pamah Kulat, Raub, awal pagi tadi.

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki Myanmar kerana disyaki memukul seorang anggota polis yang menegur mereka kerana membuat bising di Kampung Pamah Kulat, Raub, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata kejadian pada 2.45 pagi berlaku selepas anggota itu menerima aduan penduduk mengenai suspek berusia 26 dan 30 tahun yang dipercayai mabuk memasang pembesar suara dengan kuat di tepi jalan.

“Anggota itu menegur suspek, namun mereka tidak berpuas hati dan bertindak memukul anggota terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azry Akmar berkata kejadian menyebabkan anggota itu cedera pada kepala dan badan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Fadzli Mohamad Kamal menerusi hantaran Facebook memaklumkan menziarahi anggota itu Koperal Nik Mohd Farid Nik Pa di Hospital Raub pagi tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved