Pekerja Myanmar maut terjatuh dari tingkat 25

22 Sep 2026 • 1:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja Myanmar maut terjatuh dari tingkat 25

GEORGE TOWN – Seorang pekerja warga Myanmar maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 25 di sebuah tapak pembinaan kondominium di Lorong Perak, Jelutong di sini, semalam.

Mangsa berusia 31 tahun dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya telah menerima maklumat awam mengenai kejadian seorang lelaki warga asing jatuh bangunan di sebuah tapak pembinaan kira-kira pukul 6.50 petang.

“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan pekerja di tapak pembinaan bangunan kondominium setinggi 25 tingkat itu.

“Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja pemasangan papan di tingkat 25 sebelum dipercayai terjatuh dan ditemukan di tingkat 20,” katanya.

Tambahnya, hasil siasatan di atas badan si mati dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dalam kes tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Menurutnya, satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian. -KOSMO! ONLINE

The post Pekerja Myanmar maut terjatuh dari tingkat 25 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved