Anggota polis maut kemalangan ketika bertugas

9 Oct 2026 • 12:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anggota polis maut kemalangan ketika bertugas
Keadaan kenderaan pasukan terbabit dalam kemalangan dan mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kinabatangan. Foto kecil: Mathew Zulian Ak Backly

KINABATANGAN - Seorang anggota polis maut dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan selepas menjalankan tugas di Kampung Lot M di sini, pada Khamis.

Konstabel Mathew Zulian Ak Backly, 29, yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pasukannya itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kinabatangan pada jam 4.53 petang.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden Janeve Sindih berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua lagi rakan sekerja dalam perjalanan pulang ke IPD Kinabatangan dari Penjara Sibuga, Sandakan selepas menjalankan tugas eskot tahanan.

"Sebaik tiba di lokasi, kenderaan pasukan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

"Mendiang dan dua anggota dibawa oleh ambulans untuk dihantar ke wad kecemasan, Hospital Kinabatangan dan pada jam 4.53 petang, pegawai perubatan telah mengesahkan mendiang telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Janeve memaklumkan, jasad mendiang akan dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Kuching, Sarawak, untuk tujuan pengebumian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved