Tiga beranak maut: Exora rempuh belakang lori berhenti - Polis

LocalCars
8 Oct 2026 • 10:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga beranak maut: Exora rempuh belakang lori berhenti - Polis
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bukit Talang, Jalan Raja Musa pada Khamis.

KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan kemalangan maut membabitkan tiga beranak di Bukit Talang, Jalan Raja Musa di sini pada Khamis berlaku selepas Proton Exora dipandu seorang wanita merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di bahu kiri jalan kerana tayar pecah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berlaku ketika Proton Exora itu dalam perjalanan dari arah Bestari Jaya menghala ke Tanjong Karang.

"Akibat kemalangan itu, tiga mangsa daripada Proton Exora iaitu pemandu wanita berusia 44 tahun, penumpang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Seorang lagi penumpang Proton Exora mengalami kecederaan dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Azaharudin berkata, polis menerima maklumat mengenai kemalangan maut itu kira-kira jam 2.39 petang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Norzalikha Ghazali.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu atau menunggang kenderaan serta mematuhi peraturan jalan raya," tambah beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved