Pesara JKR maut kemalangan

LocalCars
9 Oct 2026 • 11:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesara JKR maut kemalangan

SETIU – Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) maut selepas kereta Proton Wira dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Persona di Kilometer 44, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Sungai Tong, di sini, semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang itu, mangsa, Zulkefli Daud, 72, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd. Zain berkata, sewaktu kejadian, kereta Proton Wira dipandu lelaki warga emas dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari rumahnya di Kampung Jeli Seberang, Jeli, Kelantan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang wanita berusia 41 tahun gagal mengelak lalu merempuh kereta mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Zahril Asri berkata, Zulkefli menghembuskan nafas terakhir sewaktu dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan ke hoapital.

Beliau berkata, mayat lelaki warga emas berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu, di sini, untuk tindakan lanjut.

“Wanita yang memandu kereta Proton Persona pula hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pesara JKR maut kemalangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved