Didakwa ponteng kuliah agama, pelajar dipukul lima senior

20 Sep 2026 • 7:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Didakwa ponteng kuliah agama, pelajar dipukul lima senior

ROMPIN: Lima pelajar lelaki sebuah sekolah menengah agama di Bukit Ibam, dekat sini, ditahan selepas disyaki memukul dua pelajar tingkatan dua dalam kejadian di asrama sekolah itu pada 12 September lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Bukit Ibam sejak 17 September lalu.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 12.01 te­ngah malam apabila dua pelajar yang merupakan mangsa dipanggil ke bilik asrama lelaki nombor 203 oleh sekurang-kurangnya lima pelajar terdiri daripada tiga pelajar tingkatan lima dan dua pelajar tingkatan empat,” katanya di sini, semalam.

Mohamad Zamri berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa pertama didakwa ponteng kuliah agama, manakala mangsa kedua dipercayai bersu­bahat dengannya.

“Kedua-dua mangsa kemudian dipukul oleh kesemua suspek. Mangsa pertama mengalami kecederaan pada kedua-dua lengan, manakala mangsa kedua meng­alami kecederaan pada badan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek sudah ditangkap dan diberikan jaminan polis sementara siasatan diteruskan.

Sementara itu, ibu kepada salah seorang mangsa, Siti Rohani Yusof, 40, mendakwa anaknya, Muhammad A’isy Raihan Shahroni, 14, dipukul menggunakan batang penyapu, ditampar dan disepak secara beramai-ramai selama kira-kira dua jam.

Menurutnya, anaknya turut mendakwa kepalanya ditutup ketika dipukul selain diugut akan dicederakan menggunakan pisau.

Beliau berharap siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil bagi menjamin keselamatan pelajar asrama serta mengelakkan kejadian sama berulang.

Siti Rohani berkata, anaknya kini sudah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas laporan polis dibuat pada 17 September lalu. – UTUSAN

The post Didakwa ponteng kuliah agama, pelajar dipukul lima senior appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved