Anggota Polis Trafik Bantu Pakcik Hidupkan Motor Di Tepi Jalan Raih Pujian Ramai

Entertainment
6 Oct 2023 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu tindakan murni yang viral baru-baru ini membuatkan ramai terharu apabila melihat kemuliaan anggota polis trafik sewaktu menjalankan tugas untuk mengawal aliran jalan.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di Kedah dan video ini telah meraih lebih daripada 500K jumlah tontonan di TikTok dalam masa sehari.

Dalam video berdurasi 48 saat tersebut, dilihat seorang anggota polis trafik sedang membantu seorang pakcik untuk menghidupkan motosikalnya.

Difahamkan pada waktu itu, anggota polis tersebut sedang mengawal lalu lintas di kawasan lampu isyarat di Hospital Lama Kota Setar. Berdasarkan maklumat daripada pemilik video, ia berlaku semalam (5 Oktober 2023) kira-kira jam 7 pagi.

“Contoh yang baik pada Anggota lain dan Masyarakat..sesuai slogan POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.”

@ezzaiskandar0

A.Star 5hb Okt Jam 7pg Anggota Trafic IPD Kota Setar sempat lagi membantu Pakcik ni ketika sedang mengawal lalulintas di Trafic Light Utama Jln Sultanah berhampiran Hospital Lama.Contoh yang baik pada Anggota lain dan Masyarakat..sesuai slogan POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA. #trafikkotasetar #Ipkkedah #poliskedah

♬ original sound – bitobeyto – bitobeyto

Rata-rata netizen terharu dan memuji tindakan mulia anggota polis ini. Malah ada juga yang turut mendoakan anggota polis ini agar urusannya dipermudahkan. Amin.

image is not available image is not available image is not available

Moga diberkati, min doakan abang polis ni melimpah ruah rezekinya nanti, Amin.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.