Anggota Rela wanita maut motosikal bertembung kereta

15 Aug 2026 • 12:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota Rela wanita maut motosikal bertembung kereta

BALING – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut selepas motosikal yang dia tunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Simpang Batu 42, Kampung Charok Kelian, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.09 petang itu, mangsa, Rohani Hamid, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa datang dari arah Kampung Charok Gorok menghala ke Kampung Dalam Wang.

“Pada masa sama, sebuah kereta dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun datang dari arah Sik menghala ke Baling.

“Berlaku pertembungan antara kedua-dua kenderaan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan, manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk proses bedah siasat,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota Rela wanita maut motosikal bertembung kereta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved