Lelaki nyaris maut motosikal dihempap pokok tumbang

14 Aug 2026 • 12:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki nyaris maut motosikal dihempap pokok tumbang

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki nyaris maut apabila motosikal yang dia tunggang dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sungai Batu, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 8.45 pagi tadi.

“Kejadian berlaku ketika mangsa yang beralamat di Kampung Singkir Paya, Bedong dekat sini sedang menunggang motosikal jenis RS150 sebelum sebatang pokok menghempap motosikal tersebut.

“Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang selesai kira-kira pukul 9.50 pagi dan jalan tersebut boleh digunakan seperti biasa. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki nyaris maut motosikal dihempap pokok tumbang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved