Lelaki nyaris maut ditetak parang dalam insiden pergaduhan

14 Aug 2026 • 3:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki nyaris maut ditetak parang dalam insiden pergaduhan

SHAH ALAM: Seorang lelaki berusia 38 tahun nyaris maut apabila ditetak dengan sebilah parang ketika diserang oleh dua individu lain dalam insiden pergaduhan dekat Jalan Bukit Kemuning, Taman Sri Muda, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa dipercayai diserang dengan menggunakan sebilah parang dan objek yang menyerupai pistol.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, akibat insiden tersebut, mangsa mengalami cedera parah pada tangan kiri akibat ditetak dengan parang berkenaan.

“Susulan kejadian, polis menerima laporan daripada pengadu yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata, Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki objek yang menyerupai senjata api,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, jika sabit kesalahan masing-masing boleh di penjara maksimum antara lima, tujuh dan 20 tahun mengikut setiap seksyen dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali bagi Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Sarudin memberitahu, polis menyiasat pelbagai aspek termasuk mengenal pasti sama identiti suspek dan sama ada mereka mengenali mangsa atau tidak.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Shamsiah Noor Zakaria di talian 012-8308706,” ujarnya. – UTUSAN

The post Lelaki nyaris maut ditetak parang dalam insiden pergaduhan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved