Warga emas maut kena renjatan elektrik

LocalHealth & Fitness
15 Aug 2026 • 10:10 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Pegawai polis jatuh

TAWAU: Seorang lelaki warga emas lingkungan 60-an maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Taman Kinabutan Ria di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu menerusi talian MERS 999 pada 6.09 petang.

Beliau berkata sepasukan tujuh anggota yang digerakkan ke lokasi menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri.

“Bomba memohon bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk memotong bekalan elektrik di kawasan berkenaan sebelum usaha mengalihkan mangsa dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kematian mangsa dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 7.42 malam selepas kawasan itu disahkan selamat.-BERNAMA

 

The post Warga emas maut kena renjatan elektrik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved