
PORT DICKSON – Seorang anggota tentera cedera di bahagian muka selepas terkena tembakan yang dilepaskan rakan sepasukannya di sebuah lapang sasar di Sungai Menyala, di sini, petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan awal.
Menurut beliau, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Susulan kejadian tersebut, polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga merupakan anggota tentera bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. – KOSMO! ONLINE
The post Anggota tentera cedera terkena tembakan rakan di lapang sasar appeared first on Kosmo Digital.






