Kedai runcit jadi pusat judi, enam warga asing ditahan

13 Aug 2026 • 4:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kedai runcit jadi pusat judi, enam warga asing ditahan

SERDANG – Sebuah premis perniagaan yang dipercayai berselindung di sebalik operasi kedai runcit bagi menjalankan kegiatan perjudian diserbu Jabatan Imigresen (JIM) di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 3 petang itu, enam warga asing berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan selepas risikan dijalankan selama sebulan.

JIM berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai sebagai penjaga premis, tiga lelaki Bangladesh serta dua lagi wanita Indonesia.

“Semakan awal mendapati penjaga premis tersebut telah tinggal lebih masa manakala warga asing lain tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut JIM, pasukan operasi turut menyita lapan unit tablet, sebuah pasport Indonesia, satu Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP), salinan lesen perniagaan serta baucar judi.

Katanya, premis berkenaan dipercayai menggunakan kedai runcit sebagai penyamaran bagi mengelakkan kegiatan perjudian dikesan pihak berkuasa.

“Premis ini dipercayai beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 3 pagi keesokan harinya dan kegiatan berkenaan dipercayai telah berlangsung selama empat bulan,” katanya.

JIM berkata, penjaga premis ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala lima warga asing lain ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Kedai runcit jadi pusat judi, enam warga asing ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved