Anggota tentera direman tiga hari kes tertembak rakan di lapang sasar

13 Aug 2026 • 3:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota tentera direman tiga hari kes tertembak rakan di lapang sasar

SEREMBAN – Seorang anggota tentera direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian rakan sepasukannya cedera terkena tembakan di lapang sasar, Sungai Menyala, Port Dickson, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, perintah reman terhadap suspek berusia lingkungan 20an itu diperoleh hari ini.

“Permohonan reman telah dibuat di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Noor Shazziera Safaruddin dan diluluskan selama tiga hari bermula 13 Ogos hingga 15 Ogos ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang semalam, seorang anggota tentera dilaporkan cedera selepas terkena tembakan rakan sepasukannya ketika berada di lapang sasar berkenaan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota tentera direman tiga hari kes tertembak rakan di lapang sasar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved