Anggota tentera tertembak rakan sekerja direman tiga hari

13 Aug 2026 • 3:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PORT DICKSON: Seorang anggota tentera direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang rakan sekerjanya terkena tembakan di Lapang Sasar Sungai Menyala di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasharudin Mohd. Shariff berkata, suspek direman bermula hari ini hingga 15 Ogos.

“Suspek direman selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Ogos 2026 selepas perintah reman diluluskan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Noor Shazziera Safaruddin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota tentera cedera selepas terkena tembakan ketika berada di lapang sasar di Sungai Menyala di sini, kira-kira pukul 2.15 petang semalam.

Mohd. Nasharudin berkata, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Dalam pada itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku ketika seorang lagi anggota melaksanakan latihan kering sebelum melepaskan tembakan ke sasaran pada jarak 25 meter.

Menurut kenyataan itu, anggota berkenaan tidak menyedari mangsa, Trooper Muhammad Akhmal Shahrudin masih berada di belakang sasaran sebelum melepaskan tembakan.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri. – UTUSAN

The post Anggota tentera tertembak rakan sekerja direman tiga hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved