Angkasawan Artemis II Selamat Tiba Di Bumi Lepas Berjaya Mengelilingi Bulan

WorldSpace
12 Apr 2026 • 10:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Baru-baru ini, misi Artemis II telah dilancarkan dan pengembaraan mereka secara rasminya dimulakan untuk ke angkasa lepas. Difahamkan, misi tersebut melibatkan empat orang angkasawan selama 10 hari mengelilingi bulan.

Selepas 10 hari berlalu dan kru terlibat berjaya mengelilingi bulan, akhirnya angkawasan misi Artemis II ini telah selamat tiba semula ke bumi pada Jumaat lalu.

image is not available

Difahamkan, kapsul angkasa misi Artemis 11 ini telah berjaya mendarat dengan selamat di Lautan Pasifik atau lebih tepat lagi di luar pesisir California.

@bbcnews

Splashdown confirmed. The Artemis II mission’s Orion capsule has safely landed in the Pacific Ocean off San Diego. #ArtemisII #Nasa #Space #Moon #BBCNews

Artikel Berkaitan: Artemis II Berjaya Dilancarkan: Misi 10 Hari Menuju Bulan Bermula

Untuk makluman semua, misi Artemis II yang melibatkan empat orang kru iai telah bermula dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, Amerika Syarikat.

Rekod baharu juga telah berjaya dicipta oleh misi ini kerana pada kali ini, kru misi telah bergerak lebih jauh dari bumi berbanding mana-mana manusia sebelum ini.

@accuweather

Back on Earth Artemis II astronauts are welcomed aboard a recovery ship after completing a 10-day journey around the Moon, marking a major milestone in the return to crewed lunar missions.

♬ original sound – posieswhims

Untuk pengetahuan semua juga, misi ini dijalankan bukan hanya untuk mengelilingi bahagian jauh bulan, namun dalam masa yang sama, pelbagai sistem kapal angkasa dalam persekitaran angkasa lepas dalam turut diuji oleh kru dan angkasawan terlibat ketika misi.

Ketika misi Artemis II ini juga, kru terbabit juga membuat pemerhatian yang lebih terperinci tentang kesan hentaman meteorit dan permukaan bulan.

Setibanya kru misi ini di bumi, menurut NASA, mereka akan menganalisis data penting daripada misi ini seperti pelindung haba kapsul kapal, prestasi sistem navigasi dan beberapa perkara lagi.

Menurut Reuters, kru misi yang selamat tiba di bumi itu terus dibawa ke kapal tentera laut berdekatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan awal.

Sumber: Reuters, Astro AWANI

Sumber: X NASA

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.