Angkatan emas Darwisy pacu kategori 60kg

16 Aug 2026 • 7:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Angkatan emas Darwisy pacu kategori 60kg

PETALING JAYA: Atlet Wilayah Persekutuan, Ahmad Darwisy Tharmidzi menepati sasaran untuk menghadiahkan emas dalam kategori 60 kilogram (kg) lelaki yang baharu diperkenalkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Darwisy, 18, mengumpul keseluruhan 248kg menerusi angkatan 107kg dalam acara snatch dan 141kg bagi clean and jerk untuk menamatkan saingan di kedudukan teratas.

Atlet Perlis, Azri Irfan Azhar memberikan saingan sengit apabila hanya ketinggalan 1kg untuk meraih perak dengan jumlah 247kg hasil angkatan 108kg (snatch) dan 139kg (clean and jerk), manakala Haris Hasrul dari Kedah melengkapkan podium dengan 240kg (108kg, 132kg).

Darwisy yang menyertai skuad pelapis kebangsaan di Bukit Jalil sejak awal tahun ini turut beraksi dalam keadaan mengalami kecederaan pinggang, namun tetap mampu mengekalkan fokus untuk melakukan angkatan seperti dirancang.

Kejayaan itu menjadi peningkatan besar buat Darwisy selepas hanya meraih gangsa dalam kategori 55kg pada penampilan sulung di SUKMA Sarawak 2024, sebelum kini menyasarkan tempat dalam skuad negara ke Sukan SEA Malaysia tahun depan. – UTUSAN

The post Angkatan emas Darwisy pacu kategori 60kg appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved