Aniq Suhair Akui Sedang Kenali Hati Pelakon Wanita – “Keluarga Pun Belum Tahu Lagi”

EntertainmentLifestyle
2 Sep 2025 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon muda Aniq Suhair mengakui pada mStar dirinya kini sedang mengenali hati seorang pelakon wanita sebelum membawa hubungan itu ke fasa lebih serius.

Aniq atau nama penuhnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 25, berkata, dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti wanita tersebut kerana bimbang jika hubungan itu berakhir di pertengahan jalan.

image is not available

Katanya,

Memang betul saya sedang rapat dengan seseorang, dan ya, dia juga seorang pelakon. Kalau ada rezeki jodoh, saya mahu terus ke arah yang lebih serius kerana saya sudah bersedia untuk berkahwin. Buat masa ini keluarga saya masih belum tahu.

Perkara itu dikongsikan Aniq ketika ditemui selepas majlis pelancaran platform penstriman digital (OTT), UTV, yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

image is not available 2024-03-04 11:16:49

"Saya Pilih Untuk Lupakan.." - Aniq Suhair Akui Tak Lagi Terpukul Dengan Kontroversi Lalu, Ingin Fokus Bina Karier