Anker Lancarkan Cip AI Untuk Kelengkapan Audio dan IoT

TechnologyDigital
23 Apr 2026 • 11:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker kini memasuki arena penghasilan cip kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri selepas melancarkan cip Thus. Mereka merancang menggunakan Thus pada produk audio seperti fon kepala, fon telinga, aksesori mudah alih dan juga produk peranti berhubung (IoT) yang bakal dilancarkan bulan Mei ini.

image is not available

Thus ialah cip Compute‑in‑Memory (CIM) yang menawarkan kemampuan pemprosesan pelbagai ciri AI terus daripada peranti yang menggunakannya. Ia menggunakan keperluan kuasa yang lebih rendah sesuai untuk penggunaan aksesori mudah alih dengan kapasiti bateri kecil.

Apakah ciri AI yang boleh disokong oleh Thus belum lagi diumumkan oleh Anker. Tetapi ia mungkin ciri pembatalan hingar dan proses alih bahasa masa nyata yang disokong pelbagai fon telinga di pasaran sekarang. Produk dengan cip Thus akan diumumkan di Anker Day pada 21 Mei depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved