Antaramuka Google Material 3 Expressive Kini Rasmi – Akan Digunakan Android 16 dan Wear OS 6

TechnologyDigital
14 May 2025 • 8:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google secara rasmi melancarkan rekaan antaramuka baharu Material 3 Expressive selepas ia tertiris awal dua minggu laluIni akan menjadi iterasi ketiga Material Design yang diperkenalkan pada tahun 2014 dan akan membawakan beberapa perubahan kepada Material You yang diperkenalkan pada tahun 2018 menerusi Android 12.

Material 3 Expressive dibangunkan hasil kajian Google yang melakukan 46 kajian, melibatkan ratusan rekaan yang disertai lebih 18,000 peserta. Hala tuju rekaan ini ialah untuk tidak lagi menggunakan rekaan yang “bersih” tetapi membosankan seperti yang digunakan sekarang. Peserta kajian didapati lebih menyukai antaramuka yang boleh memberikan emosi dan lebih ekspresif. Oleh itu Material 3 Expressive menggunakan warna dan bentuk yang lebih besar serta jelas.

image is not available

image is not available

Selain lebih lancar dan memperkenalkan sistem animasi dengan bertindak balas seperti spring yang kenyal bersama dengan haptik yang juga terasa lebih semula jadi. Dengan ini elemen antaramuka akan dapat menarik perhatian pengguna dengan lebih baik. Hasilnya pengguna dapat menemukan elemen antaramuka yang ingin digunakan empat kali ganda lebih pantas. Ini dapat dilihat menerusi contoh di bawah untuk aplikasi emel. Pelbagai ciri yang boleh digunakan dipaparkan dengan cukup jelas.

image is not available

Quick Settings pada Material 3 Expressive boleh diperibadikan secara lebih menyeluruh dengan pelbagai singkatan. Ini menyerupai tetapan Control Center pada iOS 18 yang juga membenarkan pengguna meletakkan sebanyak mungkin pintasan kegemaran.

image is not available

Android juga akan mempunyai notifikasi aktiviti masa nyata Live Updates yang amat mirip dengan ciri sama Dynamic Island pada iOS 18. Selepas ini pesanan Grab atau Food Panda akan dapat dilihat terus menerusi skrin kunci seperti yang sudah lama disokong di iPhone.

image is not available

Sekilas pandang ia adalah seperti gabungan elemen antaramuka iOS 18 dan Nothing OS yang menggunakan elemen antaramuka yang lebih besar serta jelas. Material 3 Expressive akan digunakan pada versi akhir Android 16 dan Wear OS 6 yang akan dilancarkan seawal Jun depan.

image is not available