Anthony Loke Letak Jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Selepas Tewas Di DUN Chennah

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 11:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan kekalahannya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Anthony berkata keputusan itu dibuat atas rasa tanggungjawab selepas memegang jawatan berkenaan selama 22 tahun.

Advertisement
View this post on Instagram

“Saya rasa sekarang tiba masanya untuk saya berundur sebagai Pengerusi Negeri dan menyerahkan kepada kepimpinan negeri ataupun Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan untuk melantik serta memilih seorang daripada Ahli Jawatankuasa sedia ada untuk menjadi Pengerusi Negeri Sembilan yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di Ibu Pejabat DAP.

Menurut Anthony, mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan akan diadakan dalam masa terdekat bagi memilih pengerusi serta barisan kepimpinan negeri yang baharu.

Beliau turut menegaskan keputusan melepaskan jawatan itu dibuat atas kehendaknya sendiri tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Dalam masa sama, Anthony memaklumkan beliau akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung DAP selepas barisan CEC sebulat suara bersetuju beliau terus memimpin parti bagi menghadapi cabaran akan datang, termasuk Pilihan Raya Umum ke-16.

Terdahulu, Anthony pernah menyatakan kesediaannya untuk mempertimbangkan peletakan jawatan susulan prestasi DAP pada PRN Negeri Sembilan.

Pada PRN Sabtu lalu, kerajaan negeri baharu dibentuk menerusi kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) selepas masing-masing memenangi 18 dan 7 kerusi DUN. Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi, dengan Anthony gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah yang disandangnya selama tiga penggal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nahas Kebakaran RXZ2026-08-03 12:54:28

“Saya Anggap Ini Takdir” – Bapa Kepada Remaja Melecur Dalam Nahas RXZ Reda, Terima Penjelasan Penunggang

The post Anthony Loke Letak Jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Selepas Tewas Di DUN Chennah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved