Sanusi hantar LOD kepada Nga Kor Ming, Marina Ibrahim  

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 5:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sanusi hantar LOD kepada Nga Kor Ming, Marina Ibrahim  

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan beliau akan mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada tiga lagi individu termasuk Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming. 

Muhammad Sanusi berkata, dua individu lain ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim dan seorang pengguna media sosial, Salim Abdul Rahman.

Katanya, LOD kepada Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan telah dihantar lebih awal atas dakwaan menokok tambah dan memesongkan fakta ketika mengulas ceramahnya di Negeri Sembilan.

“LOD ini akan diuruskan oleh peguam, kalau tak serah hari ini mungkin akan serah esok. Tiga individu itu sahaja dan saya serah kepada peguam,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. 

Tambah Muhammad Sanusi, LOD tersebut antaranya menuntut permohonan maaf daripada kesemua individu berkenaan dalam tempoh tujuh hari. 

“Senarai mereka panjang dan nama-nama yang memesongkan fakta, menokok tambah, memutar belit dan mengaut keuntungan nak pusing cakap saya. 

“Apabila terima LOD itu saya tuntut tujuh hari untuk mohon maaf, itu dia kena berhubung dengan peguam saya. Kalau tidak, kita kena bicara lah (urusan mahkamah),” katanya. 

Dalam ceramah semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu mengeluarkan satu ucapan yang mencetuskan kontroversi apabila menyebut ‘Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand’.

Mengulas siasatan pihak polis terhadap ucapan berkenaan, Muhammad Sanusi berkata, proses merakam keterangan terhadapnya telah selesai dilakukan pada Ahad lalu.

Katanya, proses itu dilaksanakan di Alor Setar dan tidak mengambil masa terlalu lama kerana mendakwa apa yang diungkapnya dalam ucapan itu berdasarkan fakta. – UTUSAN

The post Sanusi hantar LOD kepada Nga Kor Ming, Marina Ibrahim   appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved