Anthony Loke Umum Letak Jawatan Menteri Pengangkutan Berkuat Kuasa Serta-Merta

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 5:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Anthony Loke Umum Letak Jawatan Menteri Pengangkutan Berkuat Kuasa Serta-Merta

Anthony Loke memaklumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan di rumah.

Menurutnya, keputusan itu berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah dijelaskan oleh beliau sebelum ini.

Anthony Loke umum letak jawatan

"Selaras dengan pendirian yang telah saya umumkan pada Jumaat lalu, peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

"Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri beliau sejak Disember 2022," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Baca juga:

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pengangkutan atas komitmen dan kerjasama sepanjang beliau menerajui Kementerian Pengangkutan (MOT).

"Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan urusan peralihan tugas berjalan lancar dan segala tanggungjawab dan inisiatif kementerian terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat," tambahnya

Terdahulu, Najib diperintah menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di sini, yang berkuat kuasa serta-merta.

Perintah baharu itu menyaksikan Najib menjalani hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama untuk menjalani hukuman penjara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved