Anthropic, pembangun perkhidmatan kecerdasan buatan janaan Claude hari ini menekankan yang mana perkhidmatan mereka akan bebas daripada iklan, dan tidak akan memaparkan sebarang iklan pada perbualan. Anthropic mengatakan terdapat pelbagai tempat yang bagus untuk pengiklanan, tetapi perbualan dengan Claude bukan antaranya.

Anthropic ingin memposisikan Claude sebagai perkhidmatan pembantu dalam pekerjaan dan juga penaakulan. Menyertakan pengiklanan pada bahagian tersebut dilihat tidak selari dengan apa yang dikehendaki. Anthropic juga inginkan Claude beroperasi dalam membantu pengguna, tanpa dipengaruhi info atau maklumat daripada penaja dan pengiklan.
Perkongsian ini hadir daripada Anthropic lanjutan baru-baru ini pihak OpenAI menyatakan akan mula bereksperimen dengan penyertaan iklan di ChatGPT. Buat masa ini, hanya OpenAI sahaja menyatakan hasrat untuk paparan iklan. Google sendiri menyatakan tiada perancangan memaparkan iklan pada Gemini, sebaliknya mereka hanya akan paparkan iklan pada Google AI Overviews di enjin carian sahaja.

