Antonelli selangkah bergelar juara dunia

27 Oct 2026 • 7:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Antonelli selangkah bergelar juara dunia

AUSTIN: Kimi Antonelli semakin hampir mencipta sejarah sebagai juara dunia Formula Satu (F1) termuda apabila hanya memerlukan dua mata pada Grand Prix (GP) Mexico minggu depan untuk mengesahkan gelaran musim ini.

Pelumba Mercedes itu mengukuhkan kedudukan di puncak kejuaraan selepas mempamerkan aksi dominan untuk meraih kemenangan kesembilan musim ini pada GP Amerika Syarikat (AS) di Litar Americas, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Antonelli mengumpul 365 mata, meninggalkan rakan sepasukannya, George Russell yang mengumpul 242 mata manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Ferrari di tempat ketiga dengan 241 mata.

Antonelli kini berpeluang memecahkan rekod Sebastian Vettel sebagai juara dunia F1 termuda. Vettel berusia 23 tahun dan 133 hari ketika meraih gelaran pertamanya pada 2010.

Lebih manis, kejayaan itu bakal menjadikan Antonelli pelumba Itali pertama memenangi kejuaraan dunia sejak Alberto Ascari melakukannya pada 1953.

Bagaimanapun, Antonelli menegaskan pendekatannya tidak akan berubah meskipun peluang untuk mengesahkan kejuaraan semakin cerah.

“Saya sedar peluang itu sangat hampir, tetapi pendekatan saya tidak akan berubah. Saya mahu menamatkan musim ini dengan keputusan cemerlang supaya dapat melangkah ke 2027 dengan keyakinan tinggi,” katanya.

Antonelli boleh mengesahkan kejuaraan sekiranya menamatkan perlumbaan di kelompok sembilan teratas di Mexico. Jika gagal meraih mata, dia masih boleh muncul juara sekiranya Russell atau Hamilton tidak memenangi perlumbaan. – AGENSI

The post Antonelli selangkah bergelar juara dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved