F1: GP Mexico penentu nasib Antonelli

27 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: GP Mexico penentu nasib Antonelli

AUSTIN – Kimi Antonelli semakin hampir bergelar juara dunia Formula Satu (F1) buat kali pertama selepas memenangi Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, namun pelumba Mercedes itu perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga perlumbaan di Mexico City minggu depan untuk mengesahkan kejuaraan.

Pelumba Itali berusia 20 tahun itu menamatkan perlumbaan di hadapan Max Verstappen dari Red Bull dan Charles Leclerc dari Ferrari, sekali gus melebarkan jurang kepada 123 mata berbanding rakan sepasukannya, George Russell.

Antonelli menguasai perlumbaan sejak awal apabila permulaan cemerlang membolehkannya meninggalkan pencabar lebih dua saat di penghujung pusingan pertama, ketika Verstappen dan Leclerc sibuk bersaing di belakangnya.

Kelebihan itu terus dipertahankan sehingga ke garisan penamat apabila Antonelli menggunakan strategi satu hentian pit untuk menamatkan perlumbaan 16 saat di hadapan Leclerc, sedangkan kebanyakan pencabarnya melakukan dua hentian.

“Ia keputusan yang kami perlukan. Selepas sekian lama bekerja keras untuk pakej baharu ini, akhirnya dapat melihat hasilnya sangat menggembirakan. Strategi satu hentian yang dipilih juga sempurna,” kata Antonelli.

Kemenangan itu turut mengesahkan peningkatan prestasi pakej naik taraf Mercedes yang diperkenalkan sejak dua perlumbaan lalu, selepas pada awalnya gagal memberikan peningkatan seperti diharapkan.

Antonelli boleh mengesahkan gelaran dunia di Mexico City sekiranya tidak kehilangan lebih 23 mata kepada Russell atau lebih 24 mata kepada Lewis Hamilton dari Ferrari.

“Saya tahu kami sudah sangat hampir. Kami akan cuba menamatkan musim dengan cemerlang dan berharap dapat mengesahkan kejuaraan itu tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI

The post F1: GP Mexico penentu nasib Antonelli appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved