Anwar akui aplikasi alternatif ganti Waze masih lembab

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 3:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar akui aplikasi alternatif ganti Waze masih lembab

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui aplikasi alternatif kepada Waze yang tersedia ketika ini mempunyai kelemahan, termasuk dari segi kecekapan, namun kerajaan tetap mengutamakan keselamatan maklumat negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari penggunaan aplikasi lain mungkin menimbulkan kesulitan kepada pengguna, tetapi perkara itu perlu diterima sementara pilihan lebih baik diteliti.

Menurut beliau, kelemahan aplikasi alternatif menjadi antara faktor yang mencetuskan kontroversi susulan tindakan kerajaan berhubung penggunaan Waze.

“Kalau hari ini nampak jadi kontroversi, kontroversinya kerana lemahnya alternatif. Saya setuju. Tetapi keputusan kita bukan kontroversi. Ini soal keselamatan negara,” katanya.

Anwar berkata, aplikasi alternatif seperti TuJu yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terdapat kekurangan dan lemah dalam hal berkenaan.

“Ya, saya dapat pengakuan daripada LLM, kata TuJu itu rupanya tidak lengkap. Betullah TuJu tu ada kekurangan.

“Tapi buat sementara waktu, saya tidak mengerti kalau hal ini jadi kontroversi, kontroversinya kerana lembabnya alternatif, itu saya setuju.

“Tetapi keputusan kita bukan kontroversi. Ini soal keselamatan negara. Aneh kalau orang masih menekan. Saya tahu saya dikritik, dikecam kerana terburu-buru dan gopoh, saya kata tak apalah kalau agak menyusahkan saya minta maaf. Tetapi bagi saya keselamatan negara lebih penting,” katanya.

Perdana Menteri turut memaklumkan isu berkaitan Waze ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibuat berdasarkan penilaian keselamatan, bukannya semata-mata faktor kecanggihan teknologi.

“Kita kaji apa alternatif dia. Kalau esok kita tengok alternatif kita cukup baik, maka kita mungkin akan mempertimbangkan untuk teruskan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan aplikasi yang digunakan tidak mendedahkan maklumat sulit kerajaan, data peribadi rakyat atau kepentingan negara kepada pihak luar.

Justeru, pengguna diminta bersabar sementara kerajaan meneliti pilihan yang ada, walaupun aplikasi alternatif mungkin kurang canggih berbanding Waze. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar akui aplikasi alternatif ganti Waze masih lembab appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved