Anwar arah Kementerian Pengangkutan segera selesaikan isu kesesakan tren

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 11:23 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar arah Kementerian Pengangkutan segera selesaikan isu kesesakan tren

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook supaya segera menyelesaikan isu kesesakan perkhidmatan tren yang menjejaskan rutin harian rakyat.

Perdana Menteri turut meminta Rapid KL supaya memberikan perhatian serius terhadap masalah berkenaan bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Perkara itu susulan rungutan seorang pengguna media sosial, siti.anisahj berhubung kesesakan di stesen tren yang dikongsikan menerusi platform Threads, malam tadi.

“Kerap kali terjadi (isu kesesakan perkhidmatan tren) dan ia pastinya merencatkan rutin harian rakyat terbanyak. Kita mesti lebih peka dan bertindak,” katanya menerusi maklum balas di Threads malam tadi.

Terdahulu, siti.anisahj menerusi hantarannya memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan sesak dialami pengguna perkhidmatan tren terutama di ibu kota setiap hari.

“Assalamualaikum @anwaribrahim_my. Nak minta gerabak tren lebih sikit boleh?. Hari-hari begini ‘drive jem’ (orang ramai akan berdepan kesesakan lalu lintas jika memandu kenderaan peribadi ke pejabat), naik tren ‘full’ (sesak dan padat),” katanya. – UTUSAN

The post Anwar arah Kementerian Pengangkutan segera selesaikan isu kesesakan tren appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved