
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Bandar Seri Begawan bagi menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) yang berlangsung esok.
Ketibaan Anwar bersama delegasi Malaysia disambut Duli Yang Teramat Mulia (DYTM), Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan isteri, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam.
“Alhamdulillah, selamat tiba di Bandar Seri Begawan.
“Ketibaan saya serta delegasi Malaysia disambut DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan isteri, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Turut mengiringi Anwar adalah isteri beliau Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, ALC-27 yang berlangsung esok diharap terus memperkukuh hubungan persaudaraan antara Malaysia dan Brunei.
“Semoga Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) yang berlangsung esok akan terus memperkukuh hubungan persaudaraan kedua-dua negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Anwar, delegasi tiba Brunei hadiri ALC ke-27 esok appeared first on Kosmo Digital.





