Anwar hargai semangat petugas, rakyat di Putrajaya

LocalPolitics
31 Aug 2026 • 7:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar hargai semangat petugas, rakyat di Putrajaya

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas yang mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi memastikan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung dengan lancar.

Beliau berkata, setiap pihak termasuk anggota keselamatan, penjawat awam, pasukan teknikal dan perubatan, petugas kebersihan, kontinjen, penggiat seni, warga media serta sukarelawan memainkan peranan penting dalam menjayakan sambutan berkenaan.

“Setiap daripada kalian telah memainkan peranan bermakna dalam memastikan sambutan ini berlangsung dengan tertib, meriah dan penuh jiwa merdeka,” katanya dalam hantaran di laman X, hari ini.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang sanggup berkampung di Putrajaya sejak malam tadi bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

“Inilah semangat kebersamaan yang kita dambakan, berhimpun dalam satu tekad, meraikan kemerdekaan dan memperkukuh perpaduan.

“Semangat, disiplin dan kebersamaan yang ditampilkan sepanjang sambutan turut mencerminkan wajah sebenar Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh kerana rakyatnya bersatu dan saling melengkapi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar hargai semangat petugas, rakyat di Putrajaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved