Anwar junjung kasih Agong, Raja Permaisuri sempena ulang tahun kelahiran

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 4:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar junjung kasih Agong, Raja Permaisuri sempena ulang tahun kelahiran

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas kurniaan serta ingatan sempena ulang tahun kelahirannya.

Anwar dalam satu hantaran di laman X turut merakamkan penghargaan atas doa yang dititipkan buat kesembuhan dan keafiatan beliau.

“Menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya.

“Dirgahayu Tuanku!” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Beliau sebelum ini turut menerima ucapan dan doa daripada pelbagai pihak sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79 semalam. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar junjung kasih Agong, Raja Permaisuri sempena ulang tahun kelahiran appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved