

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sudah pulang ke rumah selepas menerima rawatan di hospital.
“Alhamdulillah, back home,” katanya dalam kenyataan.
Isnin lalu, Anwar telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).
Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan Anwar, Tengku Nashrul Abaidah memaklumkan Perdana Menteri sedang menjalani pemeriksaan dan prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.-UTUSAN
The post Anwar pulang ke rumah selepas dirawat di hospital appeared first on Utusan Malaysia.






