Anwar pulang ke rumah selepas pembedahan

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 10:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar pulang ke rumah selepas pembedahan
Anwar - Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke kediamannya petang tadi selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memuat naik gambar beliau sedang membaca buku dengan kapsyen "Alhamdulillah, back home”, yang menggambarkan beliau telah kembali di rumah.

Terdahulu, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata Anwar dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan.

Pada Isnin, Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved