PM Anwar pulang ke rumah selepas pembedahan hernia

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 10:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PM Anwar pulang ke rumah selepas pembedahan hernia

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pulang ke kediaman selepas dibenarkan keluar hospital, susulan pembedahan laparoskopi elektif rawat hernia perut.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke kediamannya petang tadi selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memuat naik gambar beliau sedang membaca buku dengan kapsyen “Alhamdulillah, back home”, yang menggambarkan beliau telah kembali di rumah.

Terdahulu, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata Anwar dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan.

Pada Isnin, Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved