Anwar sumbang RM10,000 bantu Qaish Isyraf ke Sepanyol

20 Nov 2026 • 11:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar sumbang RM10,000 bantu Qaish Isyraf ke Sepanyol
Qaish Isyraf - FOTO: Facebook Qaish Isyraf

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbangkan RM10,000 kepada pelumba muda dari Pahang Muhammad Qaish Isyraf Mohd Qayyum untuk membantu penyertaannya dalam FIM MotoMini World Final Series di Valencia, Sepanyol.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, sumbangan disampaikan menerusi wakil beliau kepada pelumba cilik dari Indera Mahkota, Kuantan itu pada Khamis. 

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Farhan berkata Muhammad Qaish Isyraf bakal beraksi dalam kategori 160cc pada kejohanan antarabangsa berkenaan.

"Sumbangan ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat serta membantu menampung sebahagian perbelanjaan beliau, sepanjang menyertai kejohanan berprestij tersebut.

"Saya juga sempat berbual dan bertanya khabar Qaish melalui panggilan video, berkenaan dengan persediaan beliau menghadapi kejohanan yang beliau sertai,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan bakat anak tempatan mendapat perhatian, sokongan dan peluang untuk berkembang serta mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved