Anwar tegas pendidikan perlu seimbang ilmu, adab dan kemanusiaan

LocalPolitics
4 Feb 2026 • 8:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kemajuan negara tidak boleh hanya diukur melalui penguasaan teknologi dan kepakaran sempit, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembentukan nilai, adab dan kemanusiaan insan.

Beliau menegaskan sistem pendidikan tidak wajar melahirkan generasi yang hanya cemerlang dalam bidang teknikal tetapi tandus jiwa, terputus daripada sejarah serta nilai yang membentuk peradaban bangsa.

Menurut Anwar, universiti perlu berperanan sebagai ruang wacana yang menyatukan pelbagai disiplin ilmu bagi mengelakkan polarisasi masyarakat, bukan sekadar berfungsi sebagai kilang melahirkan tenaga kerja.

“Pendidikan mesti menjamin keseimbangan antara kecerdasan intelektual dan adab, antara kemajuan dan pensejarahan bangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menegaskan kepimpinan masa depan tidak boleh dibina atas dasar kebencian atau keangkuhan intelektual, sebaliknya perlu berteraskan ihsan dan rasa tanggungjawab kepada negara.

Mengulas cabaran kecerdasan buatan (AI), Anwar berkata kemajuan teknologi mesti dipandu nilai kemanusiaan agar manusia tidak terasing daripada jati diri sendiri.

Beliau menyampaikan mesej itu ketika berucap di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved