Anwar Terbuka PRU16 Diadakan Lebih Awal, Tapi Ini Fokus Utama Kerajaan

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 4:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bila PRU16 akan diadakan masih menjadi persoalan, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa cadangan untuk mengadakannya lebih awal tetap boleh dipertimbangkan.

Namun bagi Perdana Menteri, ada perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan ketika kerajaan masih berada dalam keadaan stabil, khususnya soal kesejahteraan rakyat serta usaha membersihkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Anwar Ibrahim mahu fokus selesaikan amanah dahulu

anwar ibrahim

Anwar berkata, keputusan berkaitan pembubaran Parlimen terletak di bawah prerogatif beliau sebelum cadangan itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim apabila tiba masanya.

Menurutnya, mandat yang ada ketika ini perlu digunakan untuk mentadbir negara dengan baik dan menyelesaikan tanggungjawab yang sudah diberikan kepada kerajaan.

Bagi saya fokus ini (meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membebaskan negara daripada amalan rasuah serta salah guna kuasa) yang penting. Tambahan, kerajaan ketika ini masih stabil, jadi kita tumpu yang ini terlebih dahulu.- Katanya.

Tak perlu takut kalau bersih

Image from: Anwar Terbuka PRU16 Diadakan Lebih Awal, Tapi Ini Fokus Utama Kerajaan

Dalam masa sama, Anwar menegaskan individu yang amanah dan bersih tidak sepatutnya bimbang dengan tindakan penguatkuasaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jangan gusar, orang yang amanah dan bersih, tidak harus takut dengan langkah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kita tak boleh terus biarkan keadaan sekarang.- Katanya.

Beliau turut mengakui menerima beberapa tekanan dan cadangan berkaitan perkara itu, namun pendiriannya seperti yang disampaikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri adalah untuk menggunakan mandat sedia ada bagi mentadbir dengan baik serta membersihkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa.

The post Anwar Terbuka PRU16 Diadakan Lebih Awal, Tapi Ini Fokus Utama Kerajaan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved