Anwar tinggalkan Istana Negeri Sembilan selepas sejam menghadap Tuanku Muhriz

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 8:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar tinggalkan Istana Negeri Sembilan selepas sejam menghadap Tuanku Muhriz
Anwar meninggalkan Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, selepas menghadap Tuanku Muhriz berhubung isu pembatalan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berkuat kuasa serta-merta petang Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan di sini selepas hampir sejam menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Perdana Menteri yang menaiki kenderaan rasmi jenis Mercedes-Benz sempat melambai ke arah pengamal media yang menunggu di luar istana pada kira-kira 7 petang.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan beliau tidak berjaya dan Anwar hanya menunjukkan isyarat cuaca hujan.

Sesi menghadap itu dipercayai susulan Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan yang berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali malam tadi, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Azizi berkata, menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.

Ahli-ahli berkenaan telah masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lepas, sebelum dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

Susulan perkara itu, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim perlu mempersembahkan senarai calon Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved