Hasrat pulang mahu ambil ubat bertukar detik hitam

21 Sep 2026 • 9:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hasrat pulang mahu ambil ubat bertukar detik hitam

KOTA TINGGI – Hasrat seorang bapa untuk mengambil bekalan ubat bertukar menjadi detik hitam apabila anak perempuannya yang berusia lima tahun maut selepas dicampak ke dalam sungai oleh bapa saudaranya di Kampung Padang, Tanjung Sedili di sini pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili, Muszaide Makmor berkata, bapa mangsa berusia 40 tahun yang menetap dan berniaga kedai makan di Muar pulang ke Tanjung Sedili bersama anaknya dan suspek bagi mengambil ubat.

“Beliau yang menetap dan berniaga kedai makan di Muar pulang ke Tanjung Sedili untuk mengambil ubat bersama anak beliau dan juga suspek.

“Malangnya, suspek yang dipercayai kurang kewarasan bertindak di luar jangkaan,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya di sini hari ini.

Beliau yang menziarahi bapa mangsa di Klinik Kesihatan Tanjung Sedili petang tadi turut menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa dan berharap mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian berkenaan.

“Moga keluarga ini diberikan ketabahan atas ujian yang sangat berat ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan polis selepas disyaki mencampak anak saudara perempuannya berusia lima tahun ke dalam sungai hingga maut. – KOSMO! ONLINE

 

The post Hasrat pulang mahu ambil ubat bertukar detik hitam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved