Melaka ICT, SAMB bakal disenaraikan di Bursa Malaysia

LocalBusiness & Finance
9 Aug 2026 • 3:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Melaka ICT, SAMB bakal disenaraikan di Bursa Malaysia

MELAKA – Melaka menyasarkan dua syarikat milik kerajaan negeri iaitu Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (Melaka ICT) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia  masing-masing seawal 2028 dan 2029.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memperkukuhkan daya saing syarikat tempatan selain memastikan pertumbuhan ekonomi negeri memberi limpahan lebih luas kepada rakyat.

Menurut beliau, Melaka ICT  sedang melalui proses penilaian kesiapsiagaan syarikat dan penstrukturan semula organisasi sebagai persediaan ke arah tawaran awam awal (IPO) yang disasarkan pada suku pertama 2028.

“SAMB juga sedang melalui proses penstrukturan semula syarikat dan usaha wajar dengan sasaran seawal suku pertama 2029.

“Komitmen ini kita mulakan daripada ekosistem kerajaan negeri sendiri, yangmana setakat ini, kita mempunyai 13 agensi, 47 anak syarikat aktif serta empat buah Syarikat Menurut Jaminan yang bergerak dalam pelbagai sektor ekonomi,” katanya ketika berucap pada RHB-Bursa Malaysia Retail Corporate Day di sini baru-baru ini.

Ab. Rauf menjelaskan, ekonomi Melaka terus berada pada landasan positif apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri meningkat tiga peratus kepada RM50.2 bilion tahun lalu berbanding RM48.8 bilion pada 2024.

Katanya, pencapaian itu turut disokong rekod pelaburan diluluskan berjumlah RM14.68 bilion pada 2025, iaitu tertinggi dalam tempoh lebih dua dekad.

“Namun angka sebesar ini tidak seharusnya berhenti sebagai satu rekod untuk kita banggakan. Lebih penting, ia mesti menjadi asas untuk kita pergi lebih jauh, membuka lebih banyak peluang dan memastikan manfaat pertumbuhan ini dapat dirasai lebih ramai rakyat Melaka.

Dalam pada itu beliau berkata, lebih membanggakan, walaupun hanya lapan syarikat tersenarai awam yang berdaftar di Melaka, namun terdapat 34 syarikat senaraian awam yang  menjana hasil perniagaan signifikan daripada operasi mereka di negeri ini.

Katanya, ia membuktikan bahawa Melaka terus menjadi destinasi penting bagi aktiviti pelaburan dan ekonomi syarikat-syarikat besar. -KOSMO! ONLINE

The post Melaka ICT, SAMB bakal disenaraikan di Bursa Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved