Anzalna Nasir Kena ‘Cop’ Talam Gara-Gara Jadi Dulang Girls Amira Othman, Tuan Badan Bersuara!

EntertainmentLifestyle
16 Sep 2025 • 12:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anzalna Dulang

Siapa sangka perkara kecil seperti menjadi dulang girls Amira Othman pun boleh jadi isu panas di media sosial?

Itu yang berlaku pada pelakon terkenal, Anzalna Nasir apabila ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Anzalna Nasir chill walaupun ada yang tak suka

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Namun, jawapan selamba Anzalna buat ramai terhibur! Dalam satu perkongsian di Thread, Anzalna mempersoalkan mengapa ramai yang tidak suka dan berseloroh mahu mengangkat kerusi pula lepas ni.

image is not available

Pelakon cantik ini enggan mengambil pusing kerana sedar sudah menjadi lumrah kehidupan akan disukai dan tidak disukai.

Malah, dia akui tetap menyayangi semua pihak sama ada yang menyokong atau tidak menyokong dirinya.

image is not available

Menurutnya lagi, kalau kita belajar untuk suka semuanya, hidup akan jadi lebih tenang dan hati pun lebih bahagia.

Terdahulu, Anzalna memohon netizen tidak mencipta kontroversi hanya kerana dirinya menjadi pemegang dulang untuk perkahwinan Fattah dan Amira.

image is not available

Sebagai seorang rakan, dia menghormati Fazura dan Amira yang disifatkannya mempunyai keistimewaan masing-masing.

Pssttt! Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi bahan kecaman, tapi cara Anzalna jawab memang bijak. Bukan saja lawak, tapi penuh dengan mesej positif. Memang betul, hidup ini kalau terlalu fikir apa orang lain cakap memang takkan habis. Chill macam Anzalna, hati pun lebih happy!

Kredit : Thread Anzalna Nasir
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.