JPJ Gantung Perkhidmatan MYEG Sebagai Ejen Pemungut Mulai 5 Oktober

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 6:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JPJ Gantung Perkhidmatan MYEG Sebagai Ejen Pemungut Mulai 5 Oktober

Perkhidmatan My E.G Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad di bawah kumpulan MYEG sebagai Ejen Pemungut bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal digantung berkuat kuasa pada 5 Oktober jam 12.01 pagi.

JPJ dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian yang ditetapkan serta kedudukan tanggungjawab yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh syarikat berkenaan.

JPJ Gantung Perkhidmatan MYEG

Susulan itu, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Oktober.

Bagaimanapun, Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang telah dibuat melalui saluran MYEG sebelum 5 Oktober masih dibenarkan dan boleh diteruskan seperti biasa.

Baca juga:

Manakala, bagi tempahan baharu yang dibuat mulai 5 Oktober, urusan tempahan dan pelaksanaan ujian hendaklah dibuat melalui Pusat Ujian KPP yang disediakan di Institut Memandu di seluruh Malaysia.

"JPJ memberi jaminan bahawa urusan dan penyampaian perkhidamtan kepada rakyat akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan.

"Orang ramai boleh melaksanakan urus niaga berkaitan melalui saluran kaunter, aplikasi, portal awam, kios dan kaunter mobile JPJ.

"Urusan yang berkaitan juga boleh dilakukan di pejabat pos atau Puspakom," katanya.

Image from: JPJ Gantung Perkhidmatan MYEG Sebagai Ejen Pemungut Mulai 5 Oktober
Image from: JPJ Gantung Perkhidmatan MYEG Sebagai Ejen Pemungut Mulai 5 Oktober

Sementara itu, bagi pembayaran saman melibatkan bukan warganegara Malaysia di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura, kemudahan pembayaran akan disediakan melalui Unit Mobile JPJ yang ditempatkan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor bermula 8 pagi hingga 10 malam.

"JPJ menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi yang disediakan bagi memastikan setiap urus niaga dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

"JPJ kekal komited untuk memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan setiap urusan dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved