JPJ Menggantung Penawaran Perkhidmatan Melalui MyEG Berkuat-kuasa 5 Oktober

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 6:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

JPJ Menggantung Penawaran Perkhidmatan Melalui MyEG Berkuat-kuasa 5 Oktober

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini mengumumkan mereka akan menggantung semua perkhidmatan melalui MyEG berkuat-kuasa 5 Oktober 2026. Langkah ini diambil oleh JPJ kerana MyEG belum memenuhi tanggungjawab serta terma dan syarat perjanjian yang telah ditetapkan.

Image from: JPJ Menggantung Penawaran Perkhidmatan Melalui MyEG Berkuat-kuasa 5 Oktober

JPJ mengatakan orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan, termasuk melalui kaunter JPJ, dan juga aplikasi MyJPJ.

Perkongsian JPJ ini hadir selepas laporan akhbar hari ini menyatakan Zetrix (syarikat sebalik MyEG) berhutang dengan kerajaan hasil kutipan berjumlah RM200 juta, untuk kutipan sejak Mei 2023.

Pihak Zetrix masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved