Apa Hukum Tak Hadir Jemputan Kenduri Kahwin Sebab Alasan Duduk Jauh? Ini Penjelasan UAI [Video]

8 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazkirah ada mengulas tentang hukum seseorang tidak menghadiri undangan majlis disebabkan alasan tinggal berjauhan dengan tempat majlis tersebut dianjurkan.

Soalan: Kawan saya terima jemputan kahwin di Chukai, Kemaman di Terengganu. Kawan saya tak pergi sebab jauh. Boleh ke dia bagi alasan begitu?

Sunat Hadiri Jemputan Selain Kenduri Kahwin, Wajib Jika Kenduri Kahwin – UAI

Jelas UAI, memang tidak dinafikan banyak jemputan dan undangan yang diterima daripada pelbagai pihak ini termasuklah, majlis perkahwinan, tahlil arwah, kenduri doa selamat beli rumah baharu, bertunang dan sebagainya.

Bagaimanapun menurut UAI, sunat hukumnya menghadiri jemputan majlis selain kenduri kahwin.

Hanya majlis perkahwinan sahaja tetamu wajib hadir dan memunculkan diri.

Image from: Apa Hukum Tak Hadir Jemputan Kenduri Kahwin Sebab Alasan Duduk Jauh? Ini Penjelasan UAI [Video]
Foto sekadar hiasan.

“Dia nak pergi Mekah buat makan-makan dekat rumah, sunat pergi. Tuan rumah berkhatan, buat majlis, sunat pergi. Tok Imam atau bilal nak tunang, sunat kita pergi. Majlis kesyukuran, sunat juga.

“Nikah anak esok ‘meh jemput datang’, wajib pergi. Dalil Nabi Muhammad SAW, ‘Barangsiapa yang dijemput pergi ke kenduri kahwin maka hendaklah dia pergi’. Hendaklah itu maknanya wajib,” kata beliau.

Jelas UAI, istilah ‘hendaklah’ yang digunakan di dalam dalil adalah satu tuntutan yang diwajibkan.

Image from: Apa Hukum Tak Hadir Jemputan Kenduri Kahwin Sebab Alasan Duduk Jauh? Ini Penjelasan UAI [Video]

Boleh Jika Tidak Hadir Kenduri Kahwin Dengan Alasan Jauh – UAI

Bagaimanapun ulas pendakwah itu, seseorang dibolehkan untuk tidak menghadiri undangan kenduri kahwin dengan alasan lokasi jauh.

Image from: Apa Hukum Tak Hadir Jemputan Kenduri Kahwin Sebab Alasan Duduk Jauh? Ini Penjelasan UAI [Video]

5 Faktor Tak Wajibkan Seseorang Hadir Kenduri Kahwin, Wanita Menyanyi Di Majlis Antaranya

Tambah beliau, terdapat lima faktor yang tidak mewajibkan individu hadir ke majlis perkahwinan antaranya:

  1. Tinggal jauh daripada lokasi
  2. Dahulukan undangan jemputan yang pertama yang diterima
  3. Jika tiada kenderaan untuk pergi ke majlis
  4. Tetamu tidak sihat
  5. Ada perkara, barang, atau unsur haram di kenduri kahwin

“Ulama-ulama kata tidak wajib hadir dengan beberapa uzur (sebab). Uzur yang pertama jauh. Bila jauh tak wajib, sunat pergi. Kemaman jemput, Kuala Lumpur jemput. Kalau dalam bandar kita, dikira dekat.

“Yang kedua uzur kalau dia dipanggil nombor dua (merupakan jemputan kedua diterima pada waktu yang sama). Orang lain panggil dulu, maka wajib pergi undangan pertama yang dijemput. Yang ketiga tak wajib pergi kalau kita tak ada kenderaan. Tempat (kenduri) dekat je tapi kita tak pergi kerana tak ada kenderaan. Yang keempat kita tidak sihat.

“Yang kelima dalam Kitab Kifayatul Akhyar, Imam Taqiyuddin Abu Bakar Muhammad al-Hishni beliau kata ada perkara haram di sana sebagai contoh ada wanita menyanyi, nyanyian live band. Tak wajib pergi sebab ada maksiat. Kalau lelaki menyanyi masih ada ulama membenarkan,” kongsi beliau.

Image from: Apa Hukum Tak Hadir Jemputan Kenduri Kahwin Sebab Alasan Duduk Jauh? Ini Penjelasan UAI [Video]

Ada Arak Juga Gugurkan Kewajipan Tetamu Hadiri Majlis Perkahwinan

Antara contoh maksiat lain adalah apabila tuan rumah menyediakan hidangan yang istimewa buat jemputan daripada status kaya, manakala hidangan yang sederhana untuk jemputan lain.

Selain itu, sekiranya majlis mempunyai unsur atau barangan haram seperti arak atau pemakaian sutera bagi lelaki, maka tidak wajib seseorang memenuhi jemputan kenduri kahwin itu.

Ada Ulama Berpendapat Dua Marhalah Dikira Sebagai ‘Jauh’

Namun sejauh manakah perjalanan dikira sebagai ‘jauh’? Jelas UAI, terdapat beberapa pandangan ulama mengenai perkara ini. Ada yang berkata bahawa dua marhalah lebih kurang 81 kilometer dikira sebagai jauh.

Ada juga ulama yang menyatakan meskipun perjalanan ke lokasi kenduri tidak sampai dua marhalah, namun tetap digugurkan kewajipan untuk menghadiri jemputan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Dapat Jemputan Kenduri Di Grup WhatsApp Wajib Hadir Atau Tidak? Ini Penjelasannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dapat Banyak Jemputan Kahwin Sampai Keliru Nak Pergi Mana Satu? Ini Apa Yang Patut Korang Buat

Baca Artikel Berkaitan: Dapat Jemputan Kahwin Secara Terbuka Di Facebook Atau WhatsApp, Wajib Datang Atau Tidak?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved