Boleh Ke Doakan Keburukan & Kezaliman Untuk Orang Yang Aniaya Kita? Ini Penjelasan UAI [Video]

Opinion
25 Jul 2026 • 3:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Boleh Ke Doakan Keburukan & Kezaliman Untuk Orang Yang Aniaya Kita? Ini Penjelasan UAI [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam kehidupan ini, ada sesetengah individu yang menjadi mangsa kezaliman dan penganiayaan seseorang.

Keadaan begini kadangkala boleh mengundang rasa marah dan kecewa hingga timbul niat mendoakan perkara yang tidak baik buat si pelaku.

Persoalannya, adakah seorang muslim itu boleh mendoakan perkara yang tidak baik atau kezaliman buat individu yang berbuat jahat kepada dirinya?

Nabi Muhammad SAW Pernah Doakan Kebaikan & Keburukan Buat Mereka Yang Menzalimi Baginda

Menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube, seseorang itu boleh mendoakan kezaliman orang yang menganiayai dirinya namun tidak boleh berlebih-lebihan.

Kongsi UAI, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mendoakan kebaikan dan kezaliman buat mereka yang menzalimi baginda.

“Yang paling banyak Nabi Muhammad SAW doa, doa yang baik. Cuma ada juga dalam sejarah, beberapa kali nabi doa yang buruk.

“Contoh, doa Qunut Nazilah. Bukan sebarang buruk-buruk, minta binasa dan hancur leburkan.

“Ada satu hadis Nabi kata ‘barang siapa Allah beri dia kuasa pemerintah, dia jadi kerajaan lalu dia membuat rakyat jadi susah, Nabi pun tambah ‘Ya Allah, turunkanlah kesusahan bagi pemimpin seperti ini’, itu doa yang tidak baik.

“Nabi dibaling batu sampai kepala berdarah, nabi doa ‘Ya Allah, berikanlah petunjuk buat kaumku sekiranya mereka itu orang yang tidak mengetahui’, itu doa yang yang baik.

“Tapi dalam peristiwa pembunuhan para Qari nabi, Nabi Muhammad SAW doa Qunut Nazilah. Minta para malaikat, suruh turun hancurkan para musyrikin,” katanya.

Boleh Doakan Keburukan Kepada Orang Aniaya Tapi Biar Setimpal

Jelas UAI, jika seseorang itu enggan mendoakan kebaikan buat individu yang menganiayai dirinya, dia dibolehkan untuk mendoakan keburukan atau kezaliman.

Namun, perkara yang dimohon itu perlulah setimpal dan tidak berlebih-lebihan.

“Kalau kita tak nak doa yang baik, supaya dia dapat hidayah kerana dia sudah hancurkan hidup kita, kita doa yang buruk, boleh tapi jangan berlebih-lebihan.

“(Contoh), dia jahat, dia hancurkan rumah tangga kita, ‘Ya Allah tolong balaskanlah kejahatan setimpal dengan kejahatannya’. Itu boleh, jangan lebih had,” katanya.

Haram Jika Doa Berlebih-Lebihan

Namun tegas beliau, perbuatan mendoakan kebinasaan seseorang sebagai hukuman secara berlebihan adalah haram.

“Contoh lebih dari had, dia nampak ada budak kampung ambil buah mempelam dia, dia doa ‘Ya Allah, binasakan budak ini, dilanggar lori keluar otak, perut.’ Hukumnya haram kerana berlebih-lebihan pada menghukum dalam berdoa.

“Kalau nak doa kejahatan untuk orang yang jahat, biarlah sekadar setimpal dengan kejahatannya,” kata UAI.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Jika Tak Maafkan Orang Lain? Ini Penjelasan Mufti Perlis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Berbisik Depan Orang Ketiga Dalam Islam? Ini Penjelasannya [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved