“Bukan Semuanya Halal, Adakalanya Jadi Haram” – UAI Jelas Hukum Suami Isteri Bermesra Di Khalayak Ramai [Video]

22 Jul 2026 • 4:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Bukan Semuanya Halal, Adakalanya Jadi Haram” – UAI Jelas Hukum Suami Isteri Bermesra Di Khalayak Ramai [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui dalam Islam, hubungan dua individu berlainan jantina menjadi halal sebaik sahaja diijabkabulkan.

Oleh itu, tak hairanlah jika ada pasangan mempamerkan kemesraan untuk tontonan umum sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang mereka yang melihat.

Pernahkah anda terfikir apakah hukum suami isteri mempamerkan kemesraan yang berlebihan di khayalak ramai meskipun hubungan mereka disahkan halal?

Perbuatan Mesra Antara Suami Isteri Tidak Semestinya Halal Untuk Dibuat – UAI

Menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube, pasangan suami isteri tidak boleh bermesra seperti bercumbu, memeluk dan tidur di atas riba di hadapan orang ramai.

Ini kerana jelas beliau, meskipun hubungan suami isteri itu adalah halal namun tidak semua perbuatan itu boleh dilakukan.

“Tak boleh, bila dihalalkan pernikahan dengan isteri kita, bukan semuanya halal. Adakalanya jadi haram.

“Kalau kita berghairah di khayalak ramai, haram tetapi kalau sembunyi, halal. Adapun dengan perempuan yang tidak halal, bukan isteri, berduaan itu sudah haram,” katanya.

Ada Perbuatan Yang Dibolehkan & Hukumnya Harus

Namun jelas UAI, ada perbuatan suami isteri yang dibolehkan untuk dibuat di hadapan orang ramai.

“Kalau berpegangan tangan, hukumnya masih dibolehkan. Mencium pipi atau dahi isteri ketika musafir atau pulang, hukumnya harus,” katanya.

Bila Perbuatan Mesra Suami Isteri Haram Dipertontonkan?

Memetik Sinar Harian, tindakan pasangan suami isteri yang merakam dan memuat naik perbuatan mesra untuk tontonan umum boleh menjadi haram jika terdapat unsur seperti:

  • Mendedahkan hal peribadi dan dalaman rumah tangga.
  • Menimbulkan syahwat atau fitnah kepada orang lain.
  • Riak, menunjuk-nunjuk kebahagiaan, bermegah atau mencari perhatian.
  • Membuka ruang komen negatif dan dosa kepada orang lain.
  • Mengundang umpatan, ejekan, cemburu atau pandangan tidak baik. 

Perbuatan Bermesra Secara Berlebihan Di Hadapan Orang Ramai Menggugurkan Maruah

Tegas UAI dalam video yang sama, tindakan suami isteri yang bermesra secara berlebih-lebihan di hadapan umum boleh menjatuhkan maruah seseorang.

“Tak boleh berlebih-lebihan. Jangan fikir bila kahwin, kita jadi macam mat saleh. Bercumbu, peluk, galak (beriya), gatal depan khayalak ramai.

“Tetap haram kerana perbuatan itu menggugurkan maruah. Maruah, nikmat Allah SWT yang wajib kita jaga, pegang tangan, boleh.

“Ada benda yang masih haram, ada benda yang sudah halal. Bukan semuanya jadi halal,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: JAKIM Jelaskan Perbuatan Suami Isteri Tayang Aksi Bercium Di Media Sosial Adalah Ditegah

Baca Artikel Berkaitan: Batal Ke Wuduk Jika Suami Isteri Bersentuhan Kulit? Ini Pendapat Para Mufti

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved